Friday, July 1, 2011

Gubahan hantaran - putih dan gold

Salam untuk semua........


Ha yang ini pula gubahan hantaran bertemakan putih dan gold. Sangkar ni saya reka dan buat sendiri. Gunakan dawai dan pelilit warna gold...susah juga nak cari pelilit warna gold ni tau....tapi nak seribu daya kan.....





Hiasan bunga untuk dulang hantaran ni adalah bunga dip. Gambar?....alamak lupa nak ambil nanti saya minta pengantin. Sorry..nanti saya upload kemudian. Ok....


Kalau ada yang berminat nak tempah sangkar ni dari kami....murah je.....siap dengan hiasan bunga dip....sms atau email kami ye...

Gubahan hantaran - hitam, putih dan silver

Salam buat semua pengunjung My Creatives Zone.....

Lama juga saya tak update gambar hantaran perkahwinankan......kan? 

Di sini saya upload lagi koleksi hantaran perkahwinan buat tatapan anda. Lagi koleksi putih, silver dan hitam.....warna putih sekarang ni sering menjadi pilihan....

Putih melambangkan kesucian....silver/gold pula lambang kemewahan......hitam pula sering ikaitkan dengan keburukan (but not all) jadi putih dan silver/gold......wah......kasih suci yang penuh kemewahan cinta dan yang baik atau buruk dikongsi dan ditangani bersama........

Harap begitulah hendaknya, setiap ikatan perkahwinan adalah ikatan suci yang dituntut oleh agama. Kesucian perkahwinan haruslah dijaga sebaik mungkin agar ianya kekal harmoni dan insyaALLAH kekal ke akhir hayat. Yang baik dijadikan panduan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.....



Bagi saya setiap gubahan hantaran mempunyai maksudnya yang tersendiri...kalau tak percaya tanyalah orang tua-tua....

Tapi orang sekarang ni ..... asal ada dah...letak aje dalam kotak atau bakul dan hias sedikit dengan bunga dahlah....asalkan mahal dan branded...

Sebenarnya apa yang tersirat dalam hati kita tu adalah doa...sebab tu setiap kali bakal pengantin atau keluarga mereka menyerahkan tugas mengubah hantaran mereka ....saya akan membuatnya dengan sebaik mungkin biarpun barang-barang yang mereka serahkan kepada saya bukanlah yang mahal dan mewah.... kita hidup biarlah mengikut kemampuan...asalkan bahagia dengan pasangan kita...yang penting eberkatan dariNYA.....




Walaupun dilingkari dengan riben organza hitam tetapi bekas telur berwarna silver menjadikannya bersinar dan ceria...simboliknya adalah...semoga dikurniakan dengan cahaya mata yang akan sentiasa menyinari rumahtangga mereka dengan cahaya kegembiraan....



Songket melambangkan kemewahan...bakul buah-buahan dari kain songket yang dipenuhi bunga-bungaan dan dedaunan....simboliknya adalah agar rumahtangga mereka sentiasa meriah dan mewah dengan keceriaan dan kebahagiaan...



Coklat yang digunakan dalam gubahan ni saya yang pilih..selalunya saya akan pilih coklat yang tampak mewah (bergantung kepada budget ...untuk yang ni harga untuk satu gubahan adalah RM60 - RM40 untuk coklat dan selebihnya untuk hiasan), kotak yang digunakan juga adalah kotak yang dipenuhi dengan coklat jenama apa saya lupa...simbolik gubahan ni adalah agar pelayaran bahtera alam rumahtangga pasangan pengantin ni akan sentiasa dilimpahi kemanisan hidup.



Songkok dan kasut (gubahan yang sama- sorry takde gambar) yang berwarna hitam plain dan simple diletakkan di atas polysterin yang dihiasi seakan bakul dengan lingkaran berbentuk "S" dan "love" (untuk cinta dan sayang) dan dimewahkan dengan hiasan bunga, riben dan manik .... simboliknya...dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ..."ku terimamu seadanya"...




Kotak kek saya hias sebegini kerana untuk memberikan keseimbangan kepada gubahan yang lain...agar kek lapis yang dijadikan hantaran akan tampak sama cantik dengan hantaran yang lain.



Kain ela sebagai hadiah untuk pasangan...saya lipatkan berbentuk kipas...kipas yang mendinginkan ketika dalam kepanasan...simbolik untuk pasangan yang saling melengkap antara satu sama lain..yang satu panas...yang satu menyejukkan agar rumahtangga sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan aman damai...



Gubahan yang ni..cuba lihat ada basikal kat situ...ada maksud tersendiri bila saya buat gubahan ni...basikal di taman bunga...inti bunga tu saya gunakan sabun yang berbentuk bujur telur. Sebenarnya gubahan ni bagi menggantikan gubahan bunga rampai (kalau zaman dululah). Basikal mewakili si teruna...sementara taman bunga mewakili si dara. Haruman wangi adalah simbolik agar ikatan perkahwinan mereka nanti akan kekal segar mewangi sehingga ke akhir hayat sebagaimana indahnya bunga yang mekar di taman....mekar, harum dan indah...insya-Allah..


Lingkaran dawai yang berbentuk S untuk kesemua gubahan saya tu, saya buat sendiri...ketika tu belum ada dijual readymade...mencabar jugalah sebab dawai dibalut dahulu dengan riben dan kemudiannya dengan menggunakan pliers dibentukkan dawai tadi sehingga menjadi bentuk yang diingini...melepuh juga tapak tangan...tapi asalkan hasilnya memuaskan...oklah tu...puas hati...

Sorrylah gambarnya tak berapa cantik.....em sedihnya.....bukan apa sebelum hantar hantaran tersebut terlupa nak ambil gambar.

Anyway harap anda bergembira........have fun ok....

Gubahan hantaran - hitam dan gold

Kotak hantaran dibuat sendiri menggunakan art board dan kemudiannya dibaluti dengan kain baldu warna hitam. Riben berwarna gold digunakan untuk menghiasi kotak tersebut, begitu juga dengan bungaan berwarna kuning dan jingga serta riben organza digubah diatas kotak tersebut.








Gubahan hantaran - hitam, putih dan silver

Gubahan ini adalah merupakan gubahan kitar semua yang mana pengantin menyerahkan bakul-bakul rotan yang pernah digunakan oleh rakannya untuk diguna semula olehnya.

Ketika diberitahu bahawa warna tema majlis perkahwinannya adalah warna putih, silver dan hitam..saya mendapat idea untuk mengecat bakul tersebut menjadikannya berwarna putih.....renda dan riben yang digunakan juga sebahagiannya juga diguna pakai semula. Kami hanya menambah riben dan renda yang mana perlu sahaja, begitu juga dengan lingkaran dawai dan bunga hiasan juga menggunakan barangan yang berkos rendah tetapi cantik mata memandang.

Bermula dari hantaran ini, kami telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan kami yang lain yang menyokong kami dalam menghasilkan hantaran berkos rendah menggunakan barangan yang diguna pakai semula. Jimat kan...yang penting adalah barang hantarannya, bukan bekas hantarannya....asalkan nampak cantik dan exclusive it's ok....

Reduce, reuse, recycle.......





Gubahan hantaran - hitam, jingga dan gold

Hantaran ni memang simple, atas permintaan pengantin lelaki kerana.....lihatlah barang hantarannya semuanya mahal-mahal....katanya. Tak apalah untuk isteri yang tersayang.

Seorang lagi pelanggan yang menyokong program kitar semula kami. Pada asalnya hiasannya adalah simple hanya dibaluti satin kosong berwarna orange...lalu kami tambahkan riben organza bercorak, renda zig zag berwarna hitam dan gold berserta hiasan bunga....hasilnya.....





Bekas cincin dan bekas rantai disatukan di dalam satu dulang. Mudah nak bawa dan untuk mengurangkan dulang agar tidak menyusahkan pihak pengantin perempuan untuk membalasnya (al maklumlah perempuan kena balas lebih dua dulang tidak boleh kurang atau sama).

Gubahan hantaran-hitam,merah & gold

Gubahan hantaran kali ini bertemakan warna merah, hitam dan gold. Ketika pelanggan kami ni datang, dia mahukan tema berwarnakan merah dan hitam. Lalu kami memberikan cadangan agar menambahkan warna gold untuk hiasan dan gubahan bunga untuk menampakkan keseriannya....



Gubahan hantaran - Hijau & Pink

Salam buat semua pengunjung...

Bagi mereka yang sedang terfikir-fikir mencari warna tema untuk majlis perkahwinan mereka yang berkonsepkan garden wedding...kenapa tidak mencuba gabungan warna pink dan hijau.

Gabungan kedua-duanya begitu menyerlah sekali keceriaannya. Barulah nampak bagai berada di taman indah.

Di harap alam perkahwinan yang bakal dilalui bakal mempelai juga akan seceria gabungan warna tersebut.

Pada hari ini warna pink dikatakan lambang lelaki sejati...kalau dahulu orang lelaki ni cukup takut untuk dikaitkan dengan warna pink takut hilang macho..tetapi harini ini kita dapat lihat ramai lelaki yang mula mengenakan kemeja pink ke pejabat...sebab apa? Sebab kini warna pink adalah lambang lelaki sejati....apa-apa ajelah....

Untuk pihak lelaki di bawah adalah dua gambar contoh hantaran untuk pihak perempuan.




Gubahan haruman ini pula digubah seperti pohon bonsai.

Ketika saya membuat gubahan bonsai ini saya memikirkan satu gubahan yang kemudiannya masih boleh diguna pakai untuk dijadikan hiasan pula. Gubahan ini boleh diletakkan di atas almari solek ...cantik dan berbaloikan?





Gubahan tuala ini dijadikan seperti bentuk kek dan dikelilingi bunga rose yang dibuat daripada kertas crepe (kertas bunga).

Gubahan bunga ini pula selepas majlis boleh dijadikan hiasan di atas coffee table.....letakkan mangkuk/bakul yang sesuai saiznya dan taburkan gula-gula di dalamnya.....sesuai untuk Hari Raya kan...

Saya memang suka mereka gubahan yang boleh diguna pakai  semula kemudiannya...elakkan pembaziran....lagipun pasangan yang baru berkahwin ni selalunya dah banyak berhabis untuk majlis mereka jadi untuk hiasan rumah terpaksalah ala kadar sahaja sementara nak mengumpul semula...betul tak?

Lagipun sekarang ni kan kita di galakkan untuk kitar semula.....

Ok....bagi yang ingin membuat tempahan....saya sedia membantu anda....sms atau email kepada saya. Harga????? Don't worry .....berpatutan......