Friday, July 1, 2011

Gubahan hantaran - hitam, putih dan silver

Salam buat semua pengunjung My Creatives Zone.....

Lama juga saya tak update gambar hantaran perkahwinankan......kan? 

Di sini saya upload lagi koleksi hantaran perkahwinan buat tatapan anda. Lagi koleksi putih, silver dan hitam.....warna putih sekarang ni sering menjadi pilihan....

Putih melambangkan kesucian....silver/gold pula lambang kemewahan......hitam pula sering ikaitkan dengan keburukan (but not all) jadi putih dan silver/gold......wah......kasih suci yang penuh kemewahan cinta dan yang baik atau buruk dikongsi dan ditangani bersama........

Harap begitulah hendaknya, setiap ikatan perkahwinan adalah ikatan suci yang dituntut oleh agama. Kesucian perkahwinan haruslah dijaga sebaik mungkin agar ianya kekal harmoni dan insyaALLAH kekal ke akhir hayat. Yang baik dijadikan panduan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.....



Bagi saya setiap gubahan hantaran mempunyai maksudnya yang tersendiri...kalau tak percaya tanyalah orang tua-tua....

Tapi orang sekarang ni ..... asal ada dah...letak aje dalam kotak atau bakul dan hias sedikit dengan bunga dahlah....asalkan mahal dan branded...

Sebenarnya apa yang tersirat dalam hati kita tu adalah doa...sebab tu setiap kali bakal pengantin atau keluarga mereka menyerahkan tugas mengubah hantaran mereka ....saya akan membuatnya dengan sebaik mungkin biarpun barang-barang yang mereka serahkan kepada saya bukanlah yang mahal dan mewah.... kita hidup biarlah mengikut kemampuan...asalkan bahagia dengan pasangan kita...yang penting eberkatan dariNYA.....




Walaupun dilingkari dengan riben organza hitam tetapi bekas telur berwarna silver menjadikannya bersinar dan ceria...simboliknya adalah...semoga dikurniakan dengan cahaya mata yang akan sentiasa menyinari rumahtangga mereka dengan cahaya kegembiraan....



Songket melambangkan kemewahan...bakul buah-buahan dari kain songket yang dipenuhi bunga-bungaan dan dedaunan....simboliknya adalah agar rumahtangga mereka sentiasa meriah dan mewah dengan keceriaan dan kebahagiaan...



Coklat yang digunakan dalam gubahan ni saya yang pilih..selalunya saya akan pilih coklat yang tampak mewah (bergantung kepada budget ...untuk yang ni harga untuk satu gubahan adalah RM60 - RM40 untuk coklat dan selebihnya untuk hiasan), kotak yang digunakan juga adalah kotak yang dipenuhi dengan coklat jenama apa saya lupa...simbolik gubahan ni adalah agar pelayaran bahtera alam rumahtangga pasangan pengantin ni akan sentiasa dilimpahi kemanisan hidup.



Songkok dan kasut (gubahan yang sama- sorry takde gambar) yang berwarna hitam plain dan simple diletakkan di atas polysterin yang dihiasi seakan bakul dengan lingkaran berbentuk "S" dan "love" (untuk cinta dan sayang) dan dimewahkan dengan hiasan bunga, riben dan manik .... simboliknya...dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ..."ku terimamu seadanya"...




Kotak kek saya hias sebegini kerana untuk memberikan keseimbangan kepada gubahan yang lain...agar kek lapis yang dijadikan hantaran akan tampak sama cantik dengan hantaran yang lain.



Kain ela sebagai hadiah untuk pasangan...saya lipatkan berbentuk kipas...kipas yang mendinginkan ketika dalam kepanasan...simbolik untuk pasangan yang saling melengkap antara satu sama lain..yang satu panas...yang satu menyejukkan agar rumahtangga sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan aman damai...



Gubahan yang ni..cuba lihat ada basikal kat situ...ada maksud tersendiri bila saya buat gubahan ni...basikal di taman bunga...inti bunga tu saya gunakan sabun yang berbentuk bujur telur. Sebenarnya gubahan ni bagi menggantikan gubahan bunga rampai (kalau zaman dululah). Basikal mewakili si teruna...sementara taman bunga mewakili si dara. Haruman wangi adalah simbolik agar ikatan perkahwinan mereka nanti akan kekal segar mewangi sehingga ke akhir hayat sebagaimana indahnya bunga yang mekar di taman....mekar, harum dan indah...insya-Allah..


Lingkaran dawai yang berbentuk S untuk kesemua gubahan saya tu, saya buat sendiri...ketika tu belum ada dijual readymade...mencabar jugalah sebab dawai dibalut dahulu dengan riben dan kemudiannya dengan menggunakan pliers dibentukkan dawai tadi sehingga menjadi bentuk yang diingini...melepuh juga tapak tangan...tapi asalkan hasilnya memuaskan...oklah tu...puas hati...

Sorrylah gambarnya tak berapa cantik.....em sedihnya.....bukan apa sebelum hantar hantaran tersebut terlupa nak ambil gambar.

Anyway harap anda bergembira........have fun ok....

No comments:

Post a Comment