Friday, July 1, 2011

Gubahan hantaran-hitam,merah & gold

Gubahan hantaran kali ini bertemakan warna merah, hitam dan gold. Ketika pelanggan kami ni datang, dia mahukan tema berwarnakan merah dan hitam. Lalu kami memberikan cadangan agar menambahkan warna gold untuk hiasan dan gubahan bunga untuk menampakkan keseriannya....






Dalam menghasilkan gubahan hantaran...seringkali kami menitik beratkan kreativiti dan keserian gubahan tersebut, bukan hanya sekadar meletakkan bunga dan sedikit riben...dah siap....eeem....not me....no...no...no....

Pelanggan yang datang seringkali mempunyai bajet mereka sendiri....seringkali bajet memainkan peranan dalam gubahan hantaran. Di My Creatives Zone apa yang kami titikberatkan adalah kecantikkan sesuatu gubahan bukannya berapa mahal barang yang digunakan. Barangan hadiah yang dibeli adalah yang paling penting kerana ianya adalah kenangan pasangan pengantin tersebut sepanjang hayat....

Di My Creatives Zone anda akan dapat melihat kebanyakan hasil gubahan kami dihasilkan sendiri oleh kami, bawakan apa saya yang anda fikir sesuai dan kami akan mengubahnya. Di sini anda boleh lihat sendiri gubahan bunga dari kertas bunga berwarna gold dan juga lingkaran dawai yang menghiasi gubahan hantaran serta cara susunan barangan hantaran.......









Lihatlah lingkaran dawai yang dibentukkan untuk menutupi sebahagian daripada bakul buah ini......Kita bebas untuk menghiasi bakul buah bukan hanya sekadar meletakkan bunga di kiri dan kanan bakul sahaja.....be creative, it's fun doing it and it's great...something different.....

Pasangan pengantin ini juga sangat kreatif...lihatlah dulang kayu yang mereka sediakan...cantik dan kemas...kami hanya mengecatkannya semula dengan warna hitam.












Tali pinggang dan wallet ini jika dibiarkan saja di dalam kotak bertutup plastik rasanya amat kesian sekali....lalu ianya dibiarkan terbuka, sementara kotaknya dihiasi dengan kertas bunga dan lingkaran dawai serta bunga kertas berwarna gold. Lingkaran manik dijadkan pelengkap hiasan. Kalau orang lain seringkali menggunakan kain satin atau net atau organza untuk hiasan ...di sini kami gunakan kertas crepe berwarna merah dan dihiasi butiran manik gold...net keras di bawahnya sebagai pelengkap gaya.



Ha...kenapa pula gubahan di bawah ni lari tema? Ini adalah gubahan yang diminta oleh pengantin perempuan khusus untuk hantaran dari pihak lelaki...duit mas kahwin.





Duit mas kahwin dijadikan bunga tangan atas permintaan pengantin perempuan. Oleh kerana mas kahwin di Johor hanya RM22.50...maka gubahan bunga ditambah dengan bunga yang dibuat dari kertas bunga berwarna orange....sedondon dengan warna hantaran dari pengantin lelaki yang bertemakan orange, hitam dan gold.


*Tips untuk berjimat:

Jika di rumah anda terdapat banyak bakul rotan yang tidak digunakan lagi, mungkin anda mempunyai kakak atau abang yang telah berkahwin dan bakul hantaran mereka hem..banyaknye dalam stor...daripada dibiarkan mereput dalam stor tu...kitar semulalah....dah jimat dah...

Dulang-dulang hantaran yang dah pudar warnanya...eh..eh..jangan buang....catlah semula mengikut warna tema anda.

Tak tahu macam mana nak buat....ehem...hantarkan kepada kami. Kalau yang jauh tu ...POSLAJU kan ada....sms atau email kami untuk tempahan. Tempah awal ye...takut tak sempat....


Ok.....jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment