Friday, July 1, 2011

Gubahan hantaran - hitam dan gold

Kotak hantaran dibuat sendiri menggunakan art board dan kemudiannya dibaluti dengan kain baldu warna hitam. Riben berwarna gold digunakan untuk menghiasi kotak tersebut, begitu juga dengan bungaan berwarna kuning dan jingga serta riben organza digubah diatas kotak tersebut.




















Oleh kerana pengantin lelaki menghadiahkan dua bentuk cincin kepada bakal isterinya, kami membuat bekas cincin berbentuk kotak harta karun ini yang dihiasi dengan rantaian manik untuk menampakkannya seperti harta karun. Kotak ini boleh memuatkan dua bentuk cincin tersebut.



Bekas telur ini dibuat daripada botol air mineral yang bersaiz kecil (seperti botol air pop keluaran spritzer).


No comments:

Post a Comment