Friday, July 1, 2011

Gubahan hantaran - hitam, putih dan silver

Gubahan ini adalah merupakan gubahan kitar semua yang mana pengantin menyerahkan bakul-bakul rotan yang pernah digunakan oleh rakannya untuk diguna semula olehnya.

Ketika diberitahu bahawa warna tema majlis perkahwinannya adalah warna putih, silver dan hitam..saya mendapat idea untuk mengecat bakul tersebut menjadikannya berwarna putih.....renda dan riben yang digunakan juga sebahagiannya juga diguna pakai semula. Kami hanya menambah riben dan renda yang mana perlu sahaja, begitu juga dengan lingkaran dawai dan bunga hiasan juga menggunakan barangan yang berkos rendah tetapi cantik mata memandang.

Bermula dari hantaran ini, kami telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan kami yang lain yang menyokong kami dalam menghasilkan hantaran berkos rendah menggunakan barangan yang diguna pakai semula. Jimat kan...yang penting adalah barang hantarannya, bukan bekas hantarannya....asalkan nampak cantik dan exclusive it's ok....

Reduce, reuse, recycle.......









Sarang burung yang digunakan sebagai bekas telur juga digunakan semula dan dicatkan menjadi putih. Polysterine yang digunakan juga diguna pakai semula, dibalutkan dengan kertas bunga berwarna putih yang dianyam seperti tikar dan dihiasi dengan renda dan riben.








Kotak kek ni sahaja yang baru kerana harganya yang murah, akan tetapi riben dan renda yang digunakan masil lagi sebahagian adalah diguna pakai semula. Bunga kertas juga jika dihiaskan dengan penuh gaya dan kreativiti boleh nampak exclusive....betul tak....cantik tak.....???





Kereta sorong ni adalah bekas untuk mengisi coklat. Asalnya adalah bakul yang digunakan untuk menggubah bunga di rumah kakak pengantin....tapi bila dah datang idea yang mencurah-curah...maka terhasillah kereta sorong ni...

Siapa sangkakan....pengantin yang menempahnya pun tak sangka, bila lihat barang hantarannya yang dah siap...terkejut dia....Walaupun murah tapi nampak exclusive....

Untuk Eka dan kakaknya Tasha, ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami (MY CREATIVES ZONE formerly known as NUR CREATION).

Kepada mereka yang lain, renung-renungkanlah....bukan kuantiti yan menjadi ukuran tetapi kualiti dan kreativiti....

No comments:

Post a Comment